/* */

7 Tahun Peluk Islam, ‘Abang Gangster’ Kongsi Penghijrahan Ibu Pula – “Saya Kuatkan Diri Dan Ajak Mak..”

Kehidupan

7 Tahun Peluk Islam, ‘Abang Gangster’ Kongsi Penghijrahan Ibu Pula – “Saya Kuatkan Diri Dan Ajak Mak..”

Pemuda berpenampilan ala gengster berjambang, Muhammad Mikhael Sathayah, yang pernah tular selepas memeluk Islam, sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi berita gembira tentang penghijrahan ibunya, M. Muniamah, 75, yang akhirnya memeluk agama Islam.

Selepas tujuh tahun memeluk Islam, Mikhael meluahkan rasa syukur dan terharu apabila ibunya akhirnya menerima hidayah daripada Allah SWT dan membuat keputusan untuk memeluk agama Islam.

Advertisement

Rasa macam mimpi saat ini. Tujuh tahun saya mualaf, tapi tak pernah berani nak ajak mak.

Mikhael mengakui bahawa dia tidak pernah berani untuk mengajak ibunya memeluk Islam sejak dirinya menjadi mualaf, namun dia menyifatkan penghijrahan ibunya ini sebagai pengorbanan yang besar.

Pengorbanan mak besar sangat. Ketika saya mencari jiwa, mak benarkan saya masuk Islam. Tiada balasan yang mampu menggantikan pengorbanan itu. Terima kasih, mak.

Mikhael juga menceritakan bagaimana dia tidak henti berdoa untuk ibunya sepanjang menunaikan umrah baru-baru ini, mengharapkan hidayah Allah diberikan kepada ibunya.

Ketika di umrah selama 12 hari, doa saya cuma satu, Ya Allah, berikanlah hidayah kepada ibuku, bukalah pintu hatinya.

Namun, perubahan itu berlaku setelah ibunya mula kurang sihat, yang membuatkan Mikhael akhirnya mengumpulkan keberanian untuk mengajak ibunya mengucap dua kalimah syahadah.

Baru-baru ini mak kurang sihat. Dengan nada bergurau mak kata, ‘kalau mak dah tak ada nanti, Mikhael dan Muni jaga diri’.

Saya call ustaz, ingatkan nak tunggu dua tiga bulan lagi, tapi ustaz kata boleh datang esok. Tak sangka semua berjalan lancar, hebat sungguh hidayah Allah.

Mikhael meluahkan rasa syukur kerana kini dia dan ibunya dapat berkongsi nikmat iman yang sama.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

pempengaruh
2025-11-07 10:54:44

Pempengaruh 'Chepoh' Mohon Maaf Buat Video Tak Senonoh Di Restoran - "Nak Kata Saya Bod*h, Saya Terima.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

🌟 Related Beautiful Nara Content

Hairstyles | Lifestyle | Skincare Tips | Lifestyle | Makeup Tutorials
T f