Pempengaruh media sosial, Ahmad Aslam, mencuri perhatian ramai apabila menzahirkan doa penuh pengharapan kepada Allah agar dirinya dijauhi daripada sifat munafik dan riyak.
Menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Aslam turut memohon agar lidah dan matanya dipelihara daripada melakukan perkara yang dilarang.
Ya Allah, sucikanlah hatiku daripada sifat munafik, amalanku daripada riyak, lidahku daripada dusta dan mataku daripada khianat.
Sesungguhnya Engkau mengetahui pandangan mata yang khianat dan apa yang tersembunyi di dalam dada.
Dalam perkongsian sama, menantu kepada Abby Abadi itu turut memuat naik video tazkirah seorang pakar motivasi yang menasihati manusia agar belajar reda dan menerima setiap ujian yang diberikan oleh Allah SWT.

Belajarlah menikmati senario hidup yang Allah berikan, belajar reda, belajar menerima dan jangan iri dengan rezeki orang lain kerana kita tidak tahu apa yang Allah sudah ambil daripadanya.
Jangan pernah gelisah dengan keadaan kita saat ini kerana kita tidak pernah tahu apa yang sedang Allah persiapkan untuk kita pada masa akan datang. Ramai rasa gelisah kerana dia tidak pernah rasa cukup dengan pemberian Allah.
Perkongsian berunsur nasihat itu menerima pujian netizen yang menganggap Aslam kini semakin matang dan lebih tenang dalam menempuh kehidupan berumah tangga serta dunia media sosial.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
