Tak ada angin, tak ada ribut — khabar angin mula bertiup mengatakan pempengaruh terkenal, Ameera Khan, sudah berpisah dengan pelakon kacak Indonesia, Jefri Nichol.
Spekulasi itu tercetus selepas satu ciapan oleh pengguna @asyikin.tina di Threads menjadi tular dan menarik perhatian netizen.
“Little Miss Khan (Ameera) dah putus dengan Jefri ke? Gambar masing-masing dah delete,” tulisnya.
Hasil tinjauan media turut mendapati bahawa semua foto mesra pasangan itu telah dipadam daripada akaun Instagram masing-masing.
Bukan setakat itu, Ameera dan Jefri juga kini tidak lagi saling mengikuti di Instagram, sekali gus menguatkan lagi dakwaan bahawa hubungan mereka sudah berakhir.

Untuk rekod, pasangan ini pernah menjalin hubungan cinta sebelum ini, namun dikatakan putus sekitar Oktober 2021 selepas Ameera berhenti mengikuti Jefri di media sosial.
Menariknya, pada Mac tahun lalu, hubungan mereka kembali menjadi perhatian selepas kedua-duanya dilihat kembali rapat dan sering mempamerkan kemesraan di media sosial.
Namun kini, tindakan memadam gambar dan berhenti mengikuti antara satu sama lain menimbulkan persoalan dalam kalangan peminat adakah percintaan Ameera dan Jefri berakhir sekali lagi?
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
