Hubungan antara Cik Bunga dan suaminya, Bengah, kini dikhabarkan sedang bergolak selepas personaliti media sosial itu mula memuat naik beberapa perkongsian penuh emosi di laman Threads.
Dalam hantaran yang tular itu, Cik Bunga dilihat meluahkan rasa tidak dihargai serta tekanan emosi yang dialaminya setelah sekian lama tinggal serumah dengan keluarga mentua.

Walaupun tidak menyebut nama sesiapa secara langsung, ramai netizen beranggapan bahawa luahan tersebut merujuk kepada situasi rumah tangganya bersama Bengah, yang sebelum ini sering tampil dengan imej bahagia di media sosial.
Untuk makluman, Bengah atau nama sebenarnya Hammad merupakan seorang influencer dan juga pasangan kepada personaliti terkenal, Cik Piya.

Luahan jujur Cik Bunga itu mengundang pelbagai reaksi netizen, dengan ramai yang tampil memberi kata-kata semangat dan mendoakan agar pasangan ini menemui jalan damai.
Rata-rata pengikut berharap agar kedua-duanya dapat menyelesaikan isu dengan tenang dan menjaga batas privasi rumah tangga, memandangkan mereka sering menjadi perhatian ramai di platform media sosial.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
