/* */

Dinobat Sebagai ‘Ultimate Concert Phone 2025’, Pra-Tempah vivo X300 Series Naik Mendadak 13 Kali Ganda!

Branded

Dinobat Sebagai ‘Ultimate Concert Phone 2025’, Pra-Tempah vivo X300 Series Naik Mendadak 13 Kali Ganda!

Dengar cerita tengah kecoh habis dekat Malaysia tentang siri flagship terbaru vivo, vivo X300 dan vivo X300 Pro. Betul ke?

Walaupun belum dilancarkan secara rasmi, siri X300 ni dah dapat sambutan yang cukup hangat daripada peminat lagi-lagi yang suka pergi konsert tau, siap dapat gelaran ‘Ultimate Concert Phone 2025’ lagi!

Lebih mengejutkan, permintaan pra-tempahan untuk siri vivo X300 ini dilaporkan melonjak 13 kali ganda lebih tinggi berbanding model sebelumnya. Seriuslah?! Apa yang bagus tentang keluaran kali ini?

Digilai Peminat Konsert, Ini Sebab vivo X300 Series Jadi Rebutan Ramai

Kalau anda nak tahu, siri vivo X300 dikatakan memang direka khas untuk peminat konsert tegar sebab ia menjanjikan hasil tangkapan dengan perincian sebenar dan warna terang, walaupun dari jauh atau dalam keadaan cahaya malap. Memang takkan terlepas satu detik pun!

Menariknya, model Pro didatangkan dengan spesifikasi kamera yang cukup padu di mana Ia menampilkan Kamera Telefoto ZEISS APO 200 MP dan Kamera Utama Gred Gimbal ZEISS 50 MP tau! 

Selain itu, ia juga mempunyai stabilisasi mantap di mana Kamera utama Pro menawarkan stabilisasi CIPA 5.5 yang dikatakan industry-leading. Fuhh, kalau ambil gambar atau video masa bergegar pun confirm cantik dan jelas!

vivo X300 Series

Siri vivo X300 ini juga dikuasakan oleh Cip Imej Pro VS1 baharu yang akan menjadikan setiap tangkapan jadi lebih pantas, tajam, dan terperinci. Jadi, walaupun artis kegemaran anda melakukan banyak pergerakkan, telefon ini masih boleh tangkap butiran yang sangat jelas!

Haa, kalau anda nak buat vlog atau cinematic video semasa konsert, kami jamin kualiti video anda pasti akan sama seperti kualiti filem, sebab vivo X300 Pro juga sokong rakaman 4K 120 fps Dolby Vision Video dan 10-bit Log Video. Bestkan?

“Kalau duduk jauh dari pentas, mesti kualiti gambar atau video hauk kan?”

 

vivo X300 Series

Siapa cakap?! Siri vivo X300 ini dinobat sebagai ‘Ultimate Concert Phone 2025’ bersebab tau, dan salah satunya adalah sebab X300 Pro mempunyai ciri vivo ZEISS 2.35x Telephoto Extender Kit untuk perincian dan kesan bokeh yang lebih lembut. 

Manakala, untuk model vivo X300, ia pun tak kurang hebatnya sebab ia hadir dengan Kamera Utama ZEISS 200 MP dan Kamera Telefoto ZEISS APO yang dipertingkatkan, serta stabilisasi CIPA 4.5 tau!

Kedua-dua model ada Kamera Hadapan Sudut Lebar ZEISS 50 MP dengan autofokus, lengkap dengan algoritma potret resolusi tinggi vivo untuk selfie yang natural.

Tak cukup dengan itu, ada ciri-ciri khas seperti Stage Mode 2.0, Dual-View Stage Video, AI One-Shot Multi-Crop, dan AI Landscape Master untuk memastikan kualiti imej profesional dalam semua senario.

Reka Bentuk Premium, Sesuai Dengan Jiwa Konsert!

Selain daripada ciri-ciri yang cukup padu, siri vivo X300 ini juga mementingkan rekaan dan keselesaan buat pengguna di mana ia mempunyai reka bentuk ‘Unibody 3D Glass’ yang nampak seamless, kena dengan imej persendirian anda. 

Bahagian belakangnya dihiasi dengan kaca coral velvet, memberikan tekstur sutera yang tahan cap jari dan mesra kulit.

Bukan itu saja, vivo X300 ini lebih kompak serta mempunyai paparan rata 6.31 inci, dengan berat hanya 190g dan nipis 7.95mm.

Untuk pilihan warna pula, ia dilengkapi dengan warna Phantom Black, Mist Blue dan satu lagi warna yang kami rasa ianya sangat chic, iaitu Halo Pink. 

Manakala, untuk vivo X300 Pro pula dihasilkan dengan paparan rata 6.78 inci dengan kenipisan 7.99mm. Sama seperti vivo X300, Pro hadir dengan Phantom Black, Mist Blue, dan Dune Brown.

vivo X300 Series

Patutlah vivo X300 Series ni dapat sambutan hangat dengan pra-tempahan 13 kali ganda lebih banyak dari sebelumnya!

Gabungan teknologi canggih, reka bentuk premium, dan fokus kepada pengalaman pengguna menjadikannya telefon yang patut dinanti-nantikan. 

Jadi, anda dah buat pra-tempahan ke belum tu? Kalau belum tunggu apa lagi, cepat buat sekarang! Maklumat lanjut, layari laman web rasmi vivo atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

🌟 Related Beautiful Nara Content

Lifestyle | Lifestyle | Skincare | Hairstyles | Hairstyles Tutorials
T f