/* */

Isu ‘Dinner’ Bersama Pelakon Wanita, Bekas Suami Puteri Zarith Beri Respon – “Kami Berdua Memang..”

Kehidupan

Isu ‘Dinner’ Bersama Pelakon Wanita, Bekas Suami Puteri Zarith Beri Respon – “Kami Berdua Memang..”

Video memaparkan bekas suami kepada usahawan Puteri Zarith, iaitu Dr Munzir Shkori, menikmati makan malam bersama seorang pelakon wanita terkenal baru-baru ini telah menarik perhatian ramai di media sosial.

Susulan video tersebut tular dan menjadi topik bualan netizen, Dr Munzir, 42, tampil menjelaskan bahawa hubungan mereka hanyalah sekadar kawan rapat dan tiada apa-apa hubungan istimewa.

Advertisement

Kami berdua memang kawan rapat, tidak lebih daripada itu.Video itu ketika kami keluar makan bersama-sama dengan beberapa kawan lain, minggu lalu.

Mengulas mengenai usikan netizen yang cuba menjodohkan mereka berdua, Dr Munzir berkata dia tidak mengambil perkara itu secara serius.

“Move On Lah, Tak Akan Berkawan Dah” – Tular Video Bekas Suami Makan Bersama Pelakon Wanita, Puteri Zarith Bersuara

Biasalah, netizen suka mengusik. Tiada apa pun kami. Memang kawan dah lama.

Sebelum ini, video Dr Munzir dan aktres berkenaan yang menikmati makan malam bersama beberapa rakan lain menjadi tular di media sosial, malah ramai menyatakan mereka kelihatan sepadan kerana masing-masing kini berstatus solo.

Menariknya, bekas isteri Dr Munzir, Puteri Zarith, turut dilihat meninggalkan komen di ruangan sebuah portal hiburan yang melaporkan tentang isu berkenaan, sekali gus mencuri perhatian netizen.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Puteri Zarith
2025-11-08 20:18:41

"Move On Lah, Tak Akan Berkawan Dah" - Tular Video Bekas Suami Makan Bersama Pelakon Wanita, Puteri Zarith Bersuara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

🌟 Related Beautiful Nara Content

Skincare Tutorials | Skincare | Hairstyles | Lifestyle | Hairstyles Tutorials
T f