Pelakon berbakat besar, Nabila Huda mencuri perhatian ramai selepas memuat naik hantaran penuh emosi di Instagram, yang dipercayai berkaitan masalah keluarga yang belum selesai.
Dalam hantaran tersebut, Nabila atau mesra disapa Abil, seolah-olah meluahkan rasa kecewa dan kesedihan terhadap seseorang yang rapat dengannya dipercayai ahli keluarga sendiri.
Bagaimanapun anda hidup setiap hari tanpa memulihkan ‘kerosakkan’ yang berlaku membabitkan darah daging sendiri.
Anda teruskan kehidupan tanpa merasakan yang anda kehilangan sesuatu. Dan tak ada usaha untuk mendapatkannya semula, tiada satu pun.
Bagaimana anda boleh tidur dengan tenang sedangkan anda sentiasa memikirkan tentangnya.
Dan yang amat menyedihkan, mungkin saya ini tidak penting buat anda,” tulisnya.
Luahan tersebut menimbulkan pelbagai tanda tanya dalam kalangan netizen, yang rata-rata bersimpati dengan keadaan dialami pelakon Munafik itu.
Ruang komen hantaran berkenaan turut dibanjiri mesej sokongan daripada rakan artis dan peminat yang mendoakan agar Nabila diberi ketenangan dan kekuatan menghadapi dugaan tersebut.
Walaupun tidak menjelaskan dengan terperinci individu yang dimaksudkan, hantaran itu jelas menggambarkan perasaan terluka dan rindu terhadap hubungan kekeluargaan yang renggang.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
