Tindakan penyanyi dan bekas peserta Akademi Fantasia, Nubhan Ahamad, membawa ketiga-tiga anaknya berjumpa dengan pembantu rumah bagi mengubati rindu telah menarik perhatian ramai, termasuk isterinya, Dr. Afifah Hidayah Ahmad Tawfek.
Menerusi hantaran di Instagram Nubhan, kelihatan seorang pembantu rumah menyambut kepulangan anak-anaknya di sebuah kediaman, dipercayai selepas lama tidak bertemu. Rakaman itu menimbulkan pelbagai reaksi netizen, terutamanya apabila Dr. Afifah meninggalkan komen:
“Bibik lebih layak ke dari ibunya?”
Komen tersebut mengundang rasa sebak dalam kalangan pengikut dan peminat, memandangkan situasi yang tular itu berkait rapat dengan isu hak penjagaan anak.

Sebelum ini, Ahmad Nubhan, 39, telah memfailkan tuntutan hadanah (hak penjagaan penuh dan interim) terhadap Dr. Afifah di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam sejak September lalu.
Menurut peguamnya, Mohd Redzuan Ramli, prosiding pada hari ini merupakan sebutan pertama kes, namun Nubhan tidak hadir kerana terikat dengan urusan kerja.
“Anak guam saya menuntut hak penjagaan penuh termasuk urusan bermalam, lawatan hari raya, sekolah dan perkara berkaitan, namun butiran penuh tak boleh didedahkan kerana masih dalam klausa mahkamah,” jelasnya.
Perkongsian dan komen sebak ini sekali lagi menimbulkan perhatian ramai terhadap isu hadanah dan dinamika keluarga penyanyi tersebut.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
