Isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim, iaitu Nur Syazwani Mizuana Shahril, sekali lagi menarik perhatian warganet apabila hantaran di Instagram Story (IGs) miliknya menimbulkan tanda tanya tentang keadaan rumah tangga mereka.
Dalam perkongsian tersebut, Syazwani seolah-olah memberi bayangan bahawa dia sedang berdepan dengan kemelut rumah tangga semula.

Perkahwinan bukan satu perjudian.
Lebih mencuri tumpuan, Syazwani turut memuat naik hantaran lain yang seakan meluahkan rasa kecewa terhadap layanan yang diterimanya.
Nak main game? Jom main. Patutlah layan aku macam sampah.
Walau bagaimanapun, Syazwani tidak mendedahkan identiti sebenar individu yang dimaksudkan dalam perkongsian tersebut.
Sebelum ini, Nur Syazwani pernah didakwa mengemukakan permohonan cerai terhadap suaminya.
Untuk rekod, Faisal Halim atau dikenali dengan panggilan Mickey telah mendirikan rumah tangga dengan Nur Syazwani pada 9 Mac 2019, dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Khalish.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
