/* */

“Tak Baik Tau Cakap Saya Jongang..” – Bella Astillah

Hiburan

“Tak Baik Tau Cakap Saya Jongang..” – Bella Astillah

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah mendedahkan bahawa dia bakal memasang pendakap gigi (braces) tidak lama lagi bagi mengatasi masalah gigi yang sering menyebabkan dirinya mengalami ulser mulut berulang.

Menerusi sesi siaran langsung di TikTok, Bella atau nama sebenarnya Dayang Ara Nabellah Awang Astillah berkata dia sudah berjumpa doktor dan kini sedang menunggu proses seterusnya sebelum pemasangan dilakukan.

Advertisement

“Saya akan buat braces, tahu tak Bella dah jumpa doktor. Doktor pun dah hantar simulator,” katanya.

Dalam masa sama, Bella turut menegaskan bahawa dia tidak terasa hati dengan komen segelintir netizen yang sering mengusiknya mengenai bentuk giginya.

“Tak baik tau cakap saya jongang. Saya okey saja sebenarnya, semua manusia pun tak sempurna,” ujarnya.

Tambah Bella, keputusan untuk memasang pendakap gigi bukan disebabkan faktor penampilan, sebaliknya demi kesihatan mulut.

“Saya tak ada niat nak ubah ciptaan Tuhan. Sebenarnya sebab saya selalu kena ulser, dan punca dia adalah daripada gigi saya sendiri,” jelasnya.

Perkongsian itu menerima pelbagai reaksi positif daripada peminat yang mendoakan agar proses rawatan Bella berjalan lancar dan keputusan yang dibuat membawa kebaikan untuk kesihatannya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Zarina anjoulie LMK
2025-11-11 11:04:31

"Jangan Kacau Baby Saya!" - Zarina Anjoulie Tegur Netizen Yang 'Bergembira' Atas Kesedihan Ameera Khan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

🌟 Related Beautiful Nara Content

Skincare Tutorials | Makeup Tutorials | Lifestyle | Skincare | Lifestyle
T f