/* */

Tinggal Dalam Bilik 45 Kaki Persegi, Pasangan Doktor Ini Amal ‘Frugal Minimalist Living’ – “Saiz Tu Dah Cukup Buat Kami”

Kehidupan

Tinggal Dalam Bilik 45 Kaki Persegi, Pasangan Doktor Ini Amal ‘Frugal Minimalist Living’ – “Saiz Tu Dah Cukup Buat Kami”

Seorang doktor wanita menjadi tular di media sosial selepas berkongsi pengalamannya mengamalkan gaya hidup ‘frugal minimalist’, yang menekankan kesederhanaan dan ketenangan hidup tanpa beban material.

Menerusi perkongsian di TikTok, Dr. Amirah Alieya Mohamad mengakui dirinya dahulu seorang yang suka berbelanja menggunakan kad kredit sehingga menanggung beban hutang.

Advertisement

Saya dulu seorang kaki shopping. Sejak remaja, saya suka membeli pakaian, beg dan macam-macam lagi. Setiap kali shopping, saya rasa gembira, tetapi rasa gembira itu sekejap sahaja.

Namun kini, Dr. Amirah dan suaminya memilih untuk hidup sederhana, menetap di sebuah bilik kecil bersaiz 45 kaki persegi di klinik yang mereka uruskan sendiri.

Saiz itu sudah cukup untuk kami berdua.

Menurut Dr. Amirah, titik perubahan hidupnya bermula apabila dia mula menyingkirkan barangan yang tidak diperlukan, termasuk menderma pakaian dan menjual gajet lama.

Saya mula buang barang, derma pakaian, jual gajet saya tapi yang paling penting saya lepaskan diri palsu saya yang lama.

Keresahan dalam diri saya berkurang. Tidak lagi rasa tertekan dan hati menjadi tenang.

Dalam video tersebut, beliau turut menunjukkan keadaan dalam bilik kecil yang menempatkan hanya keperluan asas untuk suami isteri.

Difahamkan, sebelum ini pasangan tersebut pernah menyewa sebuah apartmen studio, namun akhirnya memilih untuk menetap di ruang kecil di klinik mereka sebagai langkah menjimatkan kos dan mencari ketenangan.

Perkongsian Dr. Amirah menerima pujian ramai yang kagum dengan keberaniannya meninggalkan gaya hidup mewah demi mengejar kebebasan, kestabilan emosi dan kedamaian hidup sebenar.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

adik ipar prince syed
2025-11-04 10:30:52

"Tergamak Sampai Emak Dengan Abah Masuk Lokap” – Adik Ipar Luah Rasa Terkilan Terhadap Prince Syed Dan Fatin

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

🌟 Related Beautiful Nara Content

Makeup Tips | Lifestyle | Hairstyles Tips | Skincare Tutorials | Outfits Tutorials
T f