/* */

“Tolong Jangan Serang Mama” – Abang Syed Saddiq Bersuara, Minta Peminat BASS Bertenang

Hiburan

“Tolong Jangan Serang Mama” – Abang Syed Saddiq Bersuara, Minta Peminat BASS Bertenang

Kontroversi hubungan antara Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terus menjadi bualan hangat di media sosial, selepas timbul dakwaan kononnya hubungan mereka diganggu orang ketiga serta melibatkan ibu Syed Saddiq, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz.

Netizen sebelum ini mendakwa bahawa Sharifah Mahani tidak mengikuti akaun Instagram Bella, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai hubungan antara mereka.

Advertisement

Syed Saddiq Tampil Jelaskan Spekulasi Hubungan Dengan Bella Astillah — “Unscripted & Unedited”

Namun, abang kepada Syed Saddiq, iaitu Syed Abdullah, tampil menjelaskan perkara sebenar dan menasihatkan orang ramai supaya tidak menyerang ibu mereka di media sosial.

Menerusi satu hantaran di Threads, beliau menjelaskan bahawa ibunya kurang mahir dalam hal teknologi dan media sosial, termasuk urusan ‘follow’ akaun Instagram.

Saya minta semua bertenang ya. Dan tolong, tolong jangan serang Mama. Kena faham sikit, Mama ni kurang mahir bab IT.

Bab forward WhatsApp dan hantar GIF memang dia pro, tapi kalau nak follow-follow tu biasanya anak-anak yang tolong buatkan.

Syed Abdullah turut menulis dengan nada bersahaja, meminta netizen untuk chill dan tidak membesar-besarkan isu kecil itu.

Truedollah

Saya sayang kamu semua, tapi chill dulu ok?

Menariknya, beliau turut berseloroh menganggap dirinya sebagai ‘presiden’ kelab peminat gabungan Bella dan Syed Saddiq (BASS) menandakan sokongan dan pandangannya yang positif terhadap hubungan tersebut, sambil menenangkan keadaan di tengah-tengah tularnya spekulasi di media sosial.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

Bella Astillah Syed Saddiq
2025-11-03 19:31:40

Netizen Dakwa 'Hubungan' Bella Astillah & Syed Saddiq Diganggu Seorang Wanita Rapat - "Tolong Segera Halalkan Dia.."

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

🌟 Related Beautiful Nara Content

Makeup Tips | Skincare | Hairstyles Tips | Skincare Tips | Skincare
T f