Penasihat kewangan popular, Faiz Azmi, tampil mengulas isu tular apabila segelintir pasangan pengantin kini menggantikan tradisi salam kaut dengan sistem imbasan QR code untuk menerima sumbangan wang daripada tetamu.
Menerusi perkongsian di TikTok, Faiz menegaskan bahawa tiada dalam lima rukun nikah yang mewajibkan pasangan mengadakan majlis mewah, pelamin gah atau bulan madu, sebaliknya perkahwinan sepatutnya dilangsungkan mengikut kemampuan kewangan sendiri.
Ada orang mengadu pengantin letak QR code dekat atas meja. Dia minta duit.
Ini pendapat saya. Bila nak kahwin, ada lima rukun nikah. Tiada satu pun yang mengatakan perlu buat majlis, pelamin dan bulan madu.
Kalau tak mampu, buat cara tak mampu. Tak perlu buat macam ini. Kalau nak kahwin, kahwin ikut kemampuan. Buat nikah biasa pun okay.
Beliau turut menasihati pasangan agar tidak memalukan diri dan keluarga dengan meminta sumbangan secara terbuka.
Janganlah sampai kita minta duit secara terbuka. Jangan malukan diri sendiri dan keluarga.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan Faiz, selain berharap agar budaya meminta-minta dalam majlis perkahwinan tidak diteruskan. Ramai berpendapat, majlis sederhana namun penuh keberkatan lebih bermakna berbanding majlis mewah yang membebankan.
“Betul tu, kahwin ni biar berpada-pada. Yang penting sah dan bahagia, bukan viral sebab QR code,” tulis seorang pengguna.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
